Sunday, January 19, 2020
updated 1:23 AM UTC, Jan 19, 2020

Labuan sebagai destinasi perniagaan, mampu lonjak ekonomi secara holistik

  • Published in Ekonomi

 

LABUAN - Memegang status Pulau Bebas Cukai, Wilayah Persekutuan Labuan berpotensi menjadi destinasi perniagaan yang berupaya melonjak pembangunan ekonomi secara holistik.

Keyakinan disuarakan Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Dr. Mohd Hatta Md Ramli, ketika mengadakan lawatan ke Labuan.

Sehubungan itu, kementerian bersedia membantu usahawan khususnya dalam Industri Kecil dan Sederhana, IKS dalam meningkatkan pembangunan ekonomi.

Dalam masa sama, kerajaan negeri mengambil perhatian dengan sumbangan IKS kepada keluaran dalam negara kasar (KDNK) sekaligus meletakkan sasaran lebih 50 peratus tahun ini.