Sunday, January 19, 2020
updated 1:23 AM UTC, Jan 19, 2020

Sasar PKS sumbang 41 peratus dalam KDNK, pengurusan ditambah baik

  • Published in Ekonomi

ALOR GAJAH - Penambahbaikan proses pengurusan adalah penting, terutamanya bagi memastikan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dapat menyumbang 41 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) tahun ini.

Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof berkata, sehubungan itu, kementeriannya komited memastikan semua agensi di bawahnya memberi kerjasama, bagi memastikan segala dasar yang digariskan dapat dilaksanakan seperti dirancang.

Pada masa sama, inisiatif itu dapat melahirkan lebih ramai usahawan PKS yang merupakan komponen penting di bawah Dasar Keusahawanan Nasional (DKN), serta memangkin hala tuju negara keusahawanan unggul menjelang tahun 2030.

Datuk Seri Redzuan menjelaskan, pengwujudan seramai 70,000 usahawan kini adalah melebihi sasaran awal, sekali gus menunjukkan kemajuan lebih pesat dari segi pembangunan ekonomi dan usahawan tempatan.

Beliau ditemui media selepas merasmikan Larian Alor Gajah 'Coop Run' 2020 di Dataran Keris, Alor Gajah, Melaka.