Wednesday, 12 August 2020

updated 2:26 PM UTC, Aug 11, 2020

Kerajaan teroka peluang jadikan buluh sebagai salah satu komoditi

  • Published in Ekonomi

KUALA LUMPUR, 13 Julai - Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi tidak berhasrat menggantikan komoditi utama negara iaitu kelapa sawit dengan tanaman buluh.

Sebaliknya, meneroka peluang menjadikan buluh sebagai salah satu komoditi masa hadapan.

Menterinya, Datuk Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, langkah itu dibuat mengambilkira prospek pasaran industri buluh diperingkat global sangat luas.

Satu Pelan Tindakan Pembangunan Industri Buluh 2021-2023 juga sedang disediakan pihak kementerian.

Fokusnya tertumpu kepada aspek penyelidikan, pembangunan piawaian antarabangsa dan promosi produk berasaskan buluh.

Agenda pembangunan industri tersebut juga akan ditekankan dalam Rancangan Malaysia Ke-12.

Beliau menjawab soalan ahli Parlimen Lumut, Datuk Dr. Mohd Hatta Md. Ramli di Dewan Rakyat.