Wednesday, 12 August 2020

updated 2:26 PM UTC, Aug 11, 2020

Tenaga kerja berkemahiran tinggi tonggak RMK-12

  • Published in Ekonomi

GOMBAK, 11 Julai - Penyediaan tenaga kerja berkemahiran tinggi menjadi salah satu daripada perkara tonggak yang sedang diperincikan dalam merangka Rancangan Malaysia Ke-12.

Jelas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, perkara itu penting bagi menarik lebih banyak pelaburan langsung asing pasca pandemik COVID- 19.

Katanya, kegagalan untuk berubah akan menyukarkan negara menarik lebih banyak pelaburan baharu termasuk usaha mengoptimumkan tenaga kerja tempatan.

Tambah beliau, perubahan suasana ekonomi dan cabaran semasa pasca COVID -19 menuntut kerajaan untuk menentu ukur semula beberapa polisi sebelum pembentangan RMK-12 dijangka pada awal tahun hadapan.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan lawatan kerja ke Kolej Teknikal Azmida di Gombak, Selangor.