Sunday, January 19, 2020
updated 2:40 AM UTC, Jan 19, 2020

Lebihan peruntukan dalam Belanjawan 2019 akan dibawa ke tahun 2020

  • Published in Ekonomi

PUTRAJAYA - Lebihan peruntukan dalam Belanjawan 2019 akan dibawa ke tahun 2020. Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata, peruntukan pada tahun itu tidak dapat dihabiskan memandangkan ia lambat disalurkan pihak kementerian kepada jabatan-jabatan dan agensi-agensi terlibat.

Justeru katanya, program-program yang diatur kerajaan pada tahun ini akan menggunakan kesemua peruntukan 2019, bersekali dengan belanjawan 2020.

Beliau mendedahkan isu itu timbul disebabkan masalah birokrasi dan ia telah berjaya ditangani dengan bantuan Ketua Setiausaha Negara dan Ketua Perbendaharaan. Beliau ditemui pemberita pada sidang media di Putrajaya.