Sunday, January 19, 2020
updated 1:23 AM UTC, Jan 19, 2020

PGBF untuk generasi baharu Felda kekal membangunkan tanah rancangan

  • Published in Ekonomi

KOTA TINGGI - Perumahan Generasi Baharu Felda (PGBF) membolehkan generasi baharu Felda kekal di tanah rancangan mereka dan membantu membangunkan tanah masing-masing.

Menteri Hal ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, sehingga kini, 2,058 unit rumah PGBF melibatkan 10 projek, telah berjaya disiapkan. Manakala 1,381 unit rumah telah diserahkan kepada generasi baharu Felda yang layak.

Baki 2,736 unit lagi dijangka siap dan diserahkan secara berperingkat sebelum hujung tahun ini. Beliau berkata demikian kepada media selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Kunci PGBF Sungai Sibol di Kota Tinggi, Johor.

Sebanyak 360 unit rumah PGBF Sungai Sibol telah disiapkan dan 311 unit daripadanya telah diserahkan kepada penerima yang layak. Daripada jumlah tersebut, 163 adalah untuk generasi baharu dari Felda Sungai Sibol, manakala 148 lagi untuk generasi baharu Felda Pengeli Timur.