Sunday, January 19, 2020
updated 1:23 AM UTC, Jan 19, 2020

MY100 dan MY50: Penjimatan lebih RM44.79 juta pada 2019

  • Published in Ekonomi

 

BANGSAR - Pelaksanaan pas perjalanan tanpa had MY100 telah memberi penjimatan lebih RM47.3 juta kepada pengguna sepanjang tahun lalu.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke memaklumkan, menerusi angka transaksi yang dicatatkan, pengguna hanya membayar RM75.76 juta, lebih rendah berbanding jumlah tambang sebenar sebanyak RM123.14 juta.

Menurut beliau, perkhidmatan rel mencatatkan sebanyak 63.6 juta transaksi. Manakala perkhidmatan bas merekodkan 8.1 juta transaksi.

Beliau berkata demikian pada sidang media sempena taklimat pencapaian pas perjalanan tanpa had MY100 dan MY50 di ibu negara.

MY50 turut mencatatkan penjimatan sebanyak RM1.09 juta buat penggunanya daripada jumlah tambang sebenar berjumlah RM1.87 juta.

Dari segi jualan, 1.17 juta pas MY100 berjaya dijual dan MY50 pula mencatatkan jualan sebanyak 33,000 pas dengan 1.7 juta transaksi.

Pada tahun 2019, jumlah penumpang Rapid Rel meningkat 11% kepada 236 juta, manakala penumpang Rapid Bas menyusut 11% kepada 160 juta.