Sunday, January 19, 2020
updated 2:44 AM UTC, Jan 19, 2020

Kutipan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) 2019 mencecah RM27.5 bilion

  • Published in Ekonomi

KELANA JAYA - Sebanyak RM27.5 bilion jumlah kutipan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) dicatatkan sepanjang tahun lalu.

Ia mengatasi sasaran awal iaitu RM22 bilion.

Menurut Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, kejayaan kutipan melebihi sasaran itu menunjukkan ekonomi negara masih lagi mampan.

Katanya, biarpun jumlah berkenaan masih rendah berbanding dengan hasil kutipan GST, tetapi jumlah bayaran balik kepada peniaga harus diambil kira.

Tambah beliau, meskipun dalam pembentangan Belanjawan 2019 lalu, kerajaan menjangkakan perbezaan kutipan sekitar RM10 billion namun jurang itu berjaya dikecilkan kepada RM8 billion.

Beliau ditemui pada program 'Hari Bertemu Pelanggan' Jabatan Kastam Diraja Malaysia di Kelana Jaya.