Friday, 7 August 2020

updated 4:04 PM UTC, Aug 7, 2020

Pendapatan nelayan Johor Selatan meningkat 40%

  • Published in Ekonomi

JOHOR BAHRU, 9 Julai - Pendapatan nelayan Johor Selatan yang berpusat di Pengkalan Nelayan, Kampung Pasir Gudang Baru, Johor meningkat hingga 40% sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan PKP Bersyarat.

Hasil laut diperoleh nelayan pula boleh mencapai hingga 150 kilogram sehari, berbanding 80 kilogram sehari, sebelum PKP.

Menurut Pengerusi Persatuan Nelayan Kawasan Johor Selatan, Azli Mohd Aziz, pengunjung di pasar itu juga meningkat kepada lebih 100 orang setiap hari.

Jelas Mohd Azli, peningkatan hasil laut semasa PKP dan PKPB disumbang oleh keadaan laut yang tidak tercemar susulan penutupan operasi kilang-kilang di sekitar kawasan tersebut.

Justeru, beliau berharap pihak berkaitan sentiasa memantau kawasan tersebut, bagi mengelak pencemaran yang merosakkan ekosistem dan menjejaskan pendapatan nelayan.