Friday, 7 August 2020

updated 4:04 PM UTC, Aug 7, 2020

1,100 Proton Saga Edisi Ulangtahun ke-35 dikeluarkan

  • Published in Ekonomi

KUALA LUMPUR, 9 Julai - 1,100 Unit Proton Saga Edisi Ulangtahun ke-35, dikeluarkan Proton Holdings Berhad.

Selain warna dan rekaan dalaman yang eksklusif, Proton Saga Edisi Terhad itu dilengkapi penapis kabin N95, yang berfungsi sebagai penyingkir partikel berbahaya.

Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Li Chunrong percaya, penapis kabin N95 yang baharu itu ciri-ciri penting dalam membantu usaha dan proses pemulihan dalam mendepani risiko ancaman COVID-19.

Harga bagi Proton Edisi Ulangtahun itu bermula dari RM39,800 sebelum pemberian rebat cukai.

Li Chunrong memaklumkan perkara itu pada Majlis Pelancaran Rasmi Edisi Ulang Tahun Saga ke-35 secara maya di laman Facebook.