Friday, 7 August 2020

updated 4:04 PM UTC, Aug 7, 2020

Tabung Haji catat keuntungan bersih RM1.25 bilion

  • Published in Ekonomi


PUTRAJAYA, 9 Julai - 
Lembaga Tabung Haji (TH) mencatat keuntungan bersih RM1.25 bilion bagi tempoh 6 bulan pertama tahun ini, berbanding RM849.66 juta bagi tempoh sama tahun lalu.

Jumlah aset dicatat juga melebihi liabiliti sebanyak RM1.86 bilion pada 30 Jun lalu.

Pendapatan pelaburan TH bagi tempoh setengah tahun pertama ini ialah RM1.55 billion, disokong pelaburan di pasaran sukuk dan saham.

Dalam satu kenyataan media, TH menjelaskan, yang pelaburan aset pendapatan tetap menyumbang RM1 bilion, bersamaan 65 peratus daripada jumlah pendapatan pelaburan itu.

Pelaburan hartanah pula menjana RM204.57 juta.

Manakala pelaburan instrumen pasaran wang Islam menyumbang RM187.13 juta, selain RM150.27 juta daripada pelaburan ekuiti.

Kepercayaan dan sokongan pendeposit kekal utuh dengan jumlah deposit RM73.86 bilion pada 30 Jun 2020, berbanding RM69.42 bilion yang dicatat pada 31 Disember tahun lalu.

Lebih 123,000 akaun simpanan baharu dibuka bagi tempoh sama.