Sunday, January 19, 2020
updated 1:23 AM UTC, Jan 19, 2020

PERODUA buka tirai dunia automotif tempatan tahun 2020 menerusi pelancaran model baharunya Bezza 2020

  • Published in Ekonomi

SENTUL -  Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) membuka tirai dunia automotif tempatan tahun 2020 menerusi pelancaran model baharunya Bezza 2020.

Ia merupakan generasi kedua Perodua Bezza sejak dilancarkan kali pertama pada Julai 2016.

Versi terbaharu sedan popularnya itu menawarkan rekaan baharu, pemanduan bijak dan keselamatan pintar.

Dibangunkan berdasarkan maklum balas pelanggan, Perodua Bezza 2020 ditawarkan dalam 4 jenis varian iaitu 1.0 G MT, 1.0 G AT, 1.3 X AT dan 1.3 V AV.

Harga atas jalan sebelum insuran bermula dari RM 34, 580 hingga RM 49, 980 bagi semenanjung Malaysia.

Sebanyak 6 jenis warna ditawarkan iaitu Ivory White, Glittering Silver, Ocean Blue, Sugar Brown selain 2 dua warna luaran baharu iaitu Garnet Red dan Granite Grey (mengikut jenis varian)

Antara pembaharuan terbaharu yang terdapat pada Bezza 2020 termasuk pemasangan Sistem Bantuan Pemanduan Selamat (ASA) 2.0 bagi varian AV disamping lampu hadapan LED bagi semua jenis varian

Perodua telah menerima lebih 2 ribu tempahan secara atas talian sejak tempahan dibuka pada 3 Januari lalu.