Wednesday, 12 August 2020

updated 2:26 PM UTC, Aug 11, 2020

Kerajaan laksana kaji selidik berhubung pendapatan isi rumah

  • Published in Ekonomi

PUTRAJAYA, 7 Julai - Data terbaharu berkaitan paras garis kemiskinan dalam negara dijangka dikeluarkan setelah sesi libat urus dengan pihak berkepentingan selesai.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed, penambahbaikan perlu dilakukan memandangkan kajian terdahulu menggunakan kaedah lama yang diguna pakai sejak 2005.

Satu kaji selidik telah dilakukan pada Ogos 2019 oleh Jabatan Perangkaan berhubung pendapatan dan perbelanjaan isi rumah.

Hasil dapatan akan diumumkan dalam masa terdekat.

Sebelum ini, Pelapor Khas Pertubuhan Bangsa Bersatu bagi Kemiskinan Tegar dan Hak Asasi Manusia, Philip Alston mendakwa terdapat kepincangan data berhubung paras garis kemiskinan Malaysia, iaitu pada 0.4 peratus.

Datuk Seri Mustapa mendakwa angka sebenarnya lebih tinggi dari jumlah tersebut.

Berdasarkan data semasa, paras garis kemiskinan di Malaysia adalah sekitar RM980 sebulan untuk empat orang ahli dalam satu keluarga.