Friday, 7 August 2020

updated 4:04 PM UTC, Aug 7, 2020

KDNK Malaysia berkembang 6.3-7.3 peratus pada 2021

  • Published in Ekonomi

PUTRAJAYA, 7 Julai - Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi 2021 diunjur tumbuh sekitar 6.3 hingga 7.5 peratus.

Namun Menurut Tengku Datuk Seri Zafrul, semua itu bergantung kepada usaha berterusan dalam membendung COVID-19 dan dasar kerajaan dalam memacu ekonomi ke arah pemulihan dan pertumbuhan.

Tambahnya, kerajaan juga sentiasa memastikan krisis kesihatan COVID-19, tidak menjadi krisis ekonomi.

Dalam pada itu, kerajaan juga komited mengurangkan defisit fiskal bawah paras 4 peratus dalam tempoh 3 hingga 4 tahun akan datang.

Langkah itu untuk mengutamakan disiplin fiskal bagi mengekalkan keutuhan sistemik dan integriti ekonomi.