Sunday, January 19, 2020
updated 1:23 AM UTC, Jan 19, 2020

Penerbangan langsung dari Singapura ke Kota Bharu jayakan kempen TMM 2020

  • Published in Ekonomi

PENGKALAN CHEPA - Penerbangan langsung dari Singapura ke Kota Bharu, Kelantan yang ditawarkan Scoot Airlines sejak Julai lalu diyakini mampu merancakkan aktiviti pelancongan di negeri ini.

Khidmat itu sekali gus mampu menjayakan kempen Tahun Melawat Kelantan 2020 serta Tahun Melawat Malaysia 2020.

Pengarah Tourism Malaysia Wilayah Timur, Hafiz Hazin berkata, dalam tempoh enam bulan selepas perkhidmatan tersebut ditawarkan oleh Scoot Airlines, pihaknya mendapati jumlah kemasukan pelancong ke Kelantan mulai meningkat.

Beliau menyertai Majlis Menyambut Penumpang Scoot Airlines dari Singapura sempena Visit Malaysia 2020 di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Pengkalan Chepa, hari ini.

Sementara itu, rata-rata pelancong warga Singapura yang ditemui mengakui, dengan adanya penerbangan langsung, mereka lebih teruja untuk melawat Kelantan lebih kerap kerana tidak perlu lagi transit di Kuala Lumpur.