Friday, 14 August 2020

updated 10:57 AM UTC, Aug 14, 2020

Indeks Harga Pengeluar Mei 2020 susut 5.5%

  • Published in Ekonomi

PUTRAJAYA, 1 Julai - Indeks Harga Pengeluar (IHPR) pengeluaran tempatan mencatatkan penurunan 5.5% pada bulan Mei 2020.

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin dalam satu kenyataan memaklumkan, ia menandakan tiga bulan berturut-turut indeks jatuh ke wilayah negatif.

Berdasarkan 1,063 item yang diliputi dalam IHPR, 42.9% item menunjukkan peningkatan pada Mei 2020 berbanding Mei tahun lalu.

Sebaliknya, 49.9% item menunjukkan penurunan manakala 7.2% item kekal tidak berubah.

Bagi perbandingan bulanan, IHPR pengeluaran tempatan susut marginal 0.2% pada Mei 2020.

Penyusutan marginal ini disokong oleh peningkatan indeks perlombongan yang telah mengimbangi kejatuhan bagi empat industri lain.

Ini termasuk industri pertanian, perhutanan dan perikanan, pembuatan, bekalan elektrik dan gas, dan bekalan air.