Logo

Jualan perumahan jatuh 19%

KUALA LUMPUR, 1 Julai - Industri perumahan tempatan mengalami kejatuhan jualan sehingga 19% dalam tempoh tiga bulan ketika negara berdepan penularan pandemik COVID-19.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin memaklumkan, situasi ini berlaku berikutan pemaju tidak dapat mengadakan pameran dan promosi kepada pembeli.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Penyampaian Anugerah Asia Pacific Conference of Young Scientist 2019 di ibu negara.

Jelas Zuraida, jualan paling terjejas melibatkan kediaman yang berharga di bawah RM400,000.

Kerajaan turut berhasrat untuk mewujudkan program menggalakkan pemilikan rumah dalam kalangan masyarakat B40 selepas tempoh penularan wabak COVID-19.

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.