Logo

Produktiviti buruh 2019 meningkat 2.1 peratus

 

KUALA LUMPUR, 30 Jun - Malaysia kekal berada di hadapan beberapa negara Asia lain seperti seperti Thailand, China, Vietnam dan Indonesia bagi produktiviti tenaga buruh perseorangan.

Menurut Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali , Malaysia merekodkan pertumbuhan produktiviti buruh 2.1 peratus kepada hampir RM94,000 pada 2019 berbanding lebih RM92,000 pada tahun sebelumnya.

Memetik laporan Produktiviti Kebangsaan 2020 yang dilancarkan secara dalam talian beliau berkata, pertumbuhan itu menyumbang kepada keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 4.3 peratus pada tahun lalu.

Justeru, Datuk Seri Mohamed Azmin menyeru peniaga dan pekerja untuk menitikberatkan aplikasi teknologi dan digitalisasi bagi menghadapi cabaran semasa.

Bagi mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing, beliau turut menyeru tenaga kerja tempatan untuk menambah dan mengukuhkan kemahiran yang ada.

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.