Tuesday, October 17, 2017
vital-top
updated 7:20 AM UTC, Oct 17, 2017

Eksport Lada Negara Dijangka 15,000 Tan Pada 2017

KUCHING - Eksport lada negara dijangka meningkat kepada 15,000 tan pada tahun ini berbanding 12,199 tan pada tahun 2016.

Jepun menjadi destinasi eksport lada utama negara.

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Mah Siew Keong berkata keluasan tanaman lada di Malaysia dijangka mencecah 17,100 hektar dengan jumlah pengeluaran 31,000 tan pada tahun ini.

Ia berbanding 16,768 hektar dan pengeluaran sebanyak 29,245 tan sepanjang tahun lepas.

Sarawak menjadi pengeluar utama lada di Malaysia apabila 98 peratus daripada 29,614 pekebun lada dalam negara ketika ini ialah pekebun dari negeri itu.

 

Sumber : BERNAMA