Tuesday, October 17, 2017
vital-top
updated 7:20 AM UTC, Oct 17, 2017

YAPEIM Peruntuk RM15 Juta Pada 2018 Jayakan Program "Inspirasi"

KUALA LUMPUR - Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPIEM) akan memperuntukkan RM15 juta pada tahun 2018 bagi menjayakan program "Inspirasi" di seluruh negara.

Program itu bertujuan membantu meningkatkan lagi pencapaian akademik para pelajar UPSR dan SPM terutama yang berada dalam kelompok sederhana dan lemah.

Ketua Pengarah YAPIEM, Datuk Abibullah Samsudin berkata, pada tahun hadapan, format baharu akan diperkenalkan dengan penglibatan agensi kerajaan dan swasta.

Bagi tahun ini RM10 juta diperuntukkan untuk program Inspirasi tersebut.

 

Sumber : BTV