Tuesday, October 17, 2017
vital-top
updated 7:20 AM UTC, Oct 17, 2017

Bank Pusat ASEAN Dan Pihak Berkuasa Monetari Baharui ASA

KUALA LUMPUR - Bank Pusat ASEAN dan Pihak Berkuasa Monetari bersetuju untuk membaharui memorandum persefahaman (MoU)mengenai Peraturan Swap ASEAN (ASA) untuk tempoh dua tahun, mulai 17 November ini.

Ia terlaksana dengan sokongan kewangan sebanyak 2 bilion dolar.

Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Tan Sri Muhammad Ibrahim menandatangani MOU itu bagi pihak BNM di luar Mesyuarat Tahunan IMF di Washington.

Perkara itu dinyatakan BNM menerusi satu kenyataan.

ASA diwujudkan pada 1977 dan memperkukuh tradisi kerjasama kewangan ASEAN yang sudah lama terjalin.

Ia merupakan sebahagian daripada inisiatif serantau bagi menggalakkan kestabilan kewangan menerusi sokongan kecairan jangka pendek kepada negara anggota yang menghadapi kesukaran sementara dalam imbangan pembayaran.

 

Sumber : BERNAMA