Tuesday, October 17, 2017
vital-top
updated 7:20 AM UTC, Oct 17, 2017

Peluang Kerjasama Perniagaan Di Forum Ekonomi Qatar-Malaysia 16 Oktober Ini

KUALA LUMPUR - Lebih banyak kerjasama strategik antara kalangan komuniti perniagaan Kuala Lumpur dan Doha disasar dapat dijalinkan menerusi penganjuran Forum Ekonomi Qatar-Malaysia di Ibu Negara, pada 16 Oktober ini.

Dalam satu kenyataan, menurut Ketua Pegawai Eksekutif , Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia MIDA, agensinya sebagai penganjur bersama forum itu, akan mengadakan bengkel bagi meningkatkan pemahaman serta kesedaran mengenai peluang pelaburan di Malaysia.

Ia berikutan kehadiran delegasi Qatar dan wakil perniagaannya ke forum tersebut.

Menerusi usaha itu, MIDA menyasarkan lebih banyak pakatan strategik dapat dijalinkan oleh kalangan komuniti perniagaan Malaysia dan Qatar.

 

Sumber : BERNAMA