Tuesday, July 7, 2020

updated 2:54 PM UTC, Jul 7, 2020

Pelan Induk Pembangunan Francais Nasional 2021-2025 rancakkan industri francais negara

  • Published in Ekonomi

PUTRAJAYA, 30 Jun - Pelan Induk Pembangunan Francais Nasional 2021-2025 kini sedang dirangka bertujuan merancakkan lagi pertumbuhan industri francais negara.

Sehubungan itu, pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, KPDNHEP giat mengadakan sesi rundingan bersama pemegang taruh industri francais bagi mendapatkan maklumbalas.

Menurut Menterinya, Datuk Alexander Nanta Linggi, pelan baharu itu bersifat mesra perniagaan dan memudahkan peserta membangunkan perniagaan francais dari segi birokrasi.

Kerajaan berharap menerusi pelan induk berkenaan akan memperbanyakkan lagi jenama francais tempatan dan seterusnya mampu meneroka pasaran antarabangsa.

Nilai hasil dagangan industri francais direkodkan sebanyak RM13 bilion tahun lalu, peningkatan RM2 bilion berbanding tahun sebelumnya menandakan prospek besar industri berkenaan.