Tuesday, July 7, 2020

updated 2:54 PM UTC, Jul 7, 2020

Kerajaan berlaku adil tangani cabaran ekonomi semasa

  • Published in Ekonomi

SHAH ALAM, 30 Jun - Kerajaan Persekutuan akan berlaku adil dan mengetepikan soal politik bagi membangunkan semula ekonomi negara yang terjejas kerana COVID-19.

Menteri Kanan merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali memberi jaminan, akan berganding bahu dengan semua negeri dalam usaha menangani cabaran ekonomi untuk kepentingan rakyat.

Beliau menyatakannya selepas Mempengerusikan mesyuarat Majlis Tindakan Pembangunan Negeri Selangor yang turut dihadiri Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari.