Tuesday, October 17, 2017
vital-top
updated 7:20 AM UTC, Oct 17, 2017

Udang Harimau Dilelong RM35 Sekilo Esok Sempena GNN

KEMAMAN - Udang Harimau bersaiz XXL akan dilelong pada harga RM35 sekilo esok di tapak program Gelombang Nelayan Nasional (GNN) 2017 di Pantai Kuala Kerteh.

Harga biasa bagi udang itu ialah antara RM65 hingga RM70 sekilo.

Ketua Pengarah Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Datuk M Saedon Ab Majid berkata tiga tan hasi laut seperti ikan, ketam dan sotong akan dilelong 20 hingga 50 peratus lebih murah.

Beliau berkata acara lelongan akan bermula selepas majlis perasmian GNN oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang dijangka berlangsung pukul 11 pagi.

Selain itu akan turut diadakan acara menarik seperti pertunjukan akrobatik udara, demonstrasi masakan dan aktiviti beli-belah.

 

Sumber : BERNAMA