Tuesday, October 17, 2017
vital-top
updated 7:20 AM UTC, Oct 17, 2017

Pesta Buku Frankfurt Peluang Buku Malaysia Ke Peringkat Global

FRANKFURT - Penyertaan Malaysia dalam Pesta Buku Antarabangsa Frankfurt 2017 (FBF) telah mewujudkan potensi bagi buku-buku Malaysia dipasarkan secara meluas di Eropah.

Naib Presiden Pembangunan Perniagaan, Claudia Kaiser berkata Malaysia telah melakukan yang terbaik dalam mempromosikan buku-bukunya dengan menyertai FBF.

Katanya, inisiatif Malaysia itu akhirnya akan membantu pengembangan industri tempatan ke peringkat global.

Berlangsung di Frankfurt Messe, acara tahunan FBF 2017 adalah pasaran bagi penjualan hak cipta penerbitan buku dan bahan bercetak lain oleh setiap penerbit yang mengambil bahagian.

FBF, yang bermula 41 tahun yang lepas, adalah pameran buku terbesar dunia, disertai 7,150 pempamer dari 104 negara.

Diketuai Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM) FBF turut disertai 31 penerbit Malaysia.

 

Sumber : BERNAMA