Tuesday, October 17, 2017
vital-top
updated 7:20 AM UTC, Oct 17, 2017

KETTHA Cadang Tubuhkan Institusi Kewangan Hijau Dalam Tempoh 3 Tahun

KUALA LUMPUR - Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, KETTHA bercadang menubuhkan institusi kewangan hijau dalam tempoh tiga tahun akan datang.

Menterinya, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili berkata, ia bagi menyokong ekosistem sektor berkaitan teknologi hijau yang semakin berkembang.

Dalam pada itu, beliau menjangkakan Malaysia akan mengeluarkan lebih banyak sukuk hijau untuk membiayai projek berkaitan.

Dengan pulangan minimum kira-kira empat peratus, ia adalah pilihan yang murah untuk dipertimbangkan oleh pemain industri, selain menggunakan Skim Pembiayaan Teknologi Hijau, GTFS.

Beliau bercakap selepas merasmikan Persidangan dan Pameran Antarabangsa Teknologi Hijau dan Produk Eko Malaysia yang ke-8 (IGEM 2017) di KLCC.

Turut dilancarkan adalah Pelan Induk Teknologi Hijau (GTMP) yang menyasar pendapatan sebanyak 180 bilion ringgit , sambil mewujudkan lebih 200 ribu pekerjaan menjelang tahun 2030.

(Sumber - Dalet Beritartm)