Tuesday, July 7, 2020

updated 2:54 PM UTC, Jul 7, 2020

KDNK 2020 bergantung cara kerajaan tangani COVID-19

  • Published in Ekonomi

KUALA LUMPUR, 28 Jun - Keluaran dalam Negara Kasar (KDNK) tahun ini bergantung kepada cara kerajaan menangani COVID-19 untuk tempoh suku ketiga dan keempat.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata selain itu, sebagai sebuah negara ekonomi terbuka, sekiranya ekonomi global menunjukkan pertumbuhan positif pada suku keempat, ia akan membantu ekonomi Malaysia secara langsung.

Setakat ini, perkembangan positif dapat dilihat apabila pembukaan sektor-sektor ekonomi dilakukan secara berperingkat.

Tengku Datuk Seri Zafrul melakukan lawatan kerja di ibu pejabat Kumpulan Prasarana di ibu negara.

Baru-baru ini, Tabung Kewangan Antarabangsa menyemak semula unjuran KDNK Malaysia; menguncup 3.8 peratus tahun ini, berbanding penguncupan 1.7 peratus yang diunjurkannya sebelum ini.