Tuesday, October 17, 2017
vital-top
updated 7:20 AM UTC, Oct 17, 2017

Hampir RM 2.8 Juta Berjaya Dijana Sempena Program Siswapreneur Megasale 2017

SEBERANG PERAI - Hampir 2.8 juta ringgit berjaya dijana sempena Program Siswapreneur Megasale 2017 yang diadakan di semua 33 politeknik seluruh negara.

Program yang julung kali diadakan itu melibatkan penyertaan 100 ribu pelajar dan 5 ribu 400 kakitangan politeknik.

Aktiviti kampus ini merupakan pemangkin kepada pelajar institusi pengajian tinggi melibatkan diri dalam dunia keusahawanan dan menjadikannya satu profesion setelah tamat pengajian.

Majlis penutup Program Siswapreneur Megasale 2017 bersempena Bulan Keusahawanan Siswa, Kementerian Pendidikan Tinggi diadakan di Politeknik Seberang Perai.

(Sumber - Dalet Beritartm)