Tuesday, July 7, 2020

updated 2:54 PM UTC, Jul 7, 2020

Lanjutan moratorium terpulang kepada bank

  • Published in Ekonomi

KUALA LUMPUR - Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz memberitahu, lanjutan moratorium bersasar adalah terpulang kepada bank.

Bagaimanapun, beliau berpendapat bahawa bank perlu mengkaji bantuan yang disasarkan tetapi menekankan bank tidak boleh dipaksa untuk berbuat demikian berikutan ia dalam bidang kuasa mereka.

Bercakap di ibu negara, beliau turut menjelaskan, lanjutan moratorium bersasar akan diteliti oleh bank berdasarkan kes demi kes.

Di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN), BNM mencadangkan moratorium automatik kepada semua pembayaran balik pinjaman oleh individu serta perusahaan kecil dan sederhana selama enam bulan bermula 1 April hingga 30 September depan, yang memberi manfaat kepada semua orang.

Beliau berkata peminjam perlu menghubungi bank lebih awal jika mereka merasakan bahawa perlu menjadualkan semula pembayaran balik pinjaman masing-masing.

Beliau berkata pada sidang media selepas mengadakan pertemuan dengan pengurusan kanan Prasarana Malaysia Bhd di Kuala Lumpur.