Tuesday, October 17, 2017
vital-top
updated 7:20 AM UTC, Oct 17, 2017

Cadangan Pengambilalihan PLUS Oleh Maju Holdings Tidak Jejaskan Aset Strategik Negara

KUALA LUMPUR - Cadangan pengambilalihan lebuhraya PLUS oleh Maju Holdings Sdn Bhd tidak akan menjejaskan aset strategik negara.

Maju Holdings hanya akan bertindak sebagai pengurus lebuhraya yang akan mengendalikan kutipan tol dan kerja-kerja penyelenggaraan.

Antara butiran tawaran oleh Maju Holdings, melibatkan pembelian ekuiti tunai bernilai 4 bilion ringgit, yang akan memberi pulangan 20 peratus kepada penjual, dengan pelaburan asal bernilai 3.4 bilion ringgit.

Tawaran indikatif ini menunjukkan jumlah nilai perusahaan PLUS berjumlah 36 bilion ringgit.

Tan Sri Abu yakin Maju Holding mampu menguruskan lebuhraya itu dengan efektif berdasarkan rekod pengurusan infrastukur cemerlang terutamanya bagi lebuhraya.

Syarikat itu juga mempunyai sumber kewangan yang kukuh dengan nilai aset 6.3 bilion ringgit, di mana 3 bilion ringgit adalah nilai aset semasa Maju Expressway (MEX).

Jelasnya hasil pengurusan Maju holding, MEX telah menduduki tempat ke-2 di Malaysia dalam tahap kepuasan pengguna serta melepasi sasaran penyelenggaraan LLM secara konsisten.

Maju mengendalikan MEX dengan kos bagi setiap kilometer antara terendah di negara ini berbanding jalan-jalan tol yang lain.


(Sumber - Dalet Beritartm)