Tuesday, October 17, 2017
vital-top
updated 7:20 AM UTC, Oct 17, 2017

Melaka Rancang Tubuh Pusat Kesihatan Berasaskan Herba

ALOR GAJAH - Kerajaan negeri Melaka bercadang untuk menubuhkan pusat kesihatan berasaskan herba dan farmasi di Stesen Institut Penyelidikan Dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) Kuala Linggi.

Exco Pertanian dan Pembangunan Usahawan Melaka, Datuk Hasan Rahman berkata pusat itu akan menjadi projek printis kerajaan negeri dan yang pertama seumpamanya di negara ini.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Pelancaran Teknologi dan Hari Bertemu Pelanggan MARDI.

Kerajaan negeri juga mencadangkan agar pihak MARDI menubuhkan satu unit khas yang mempunyai kepakaran dalam bidang berkaitan herba dan farmasi di Kuala Linggi bagi mengembangkan usaha tersebut.

 

Sumber : BERNAMA