Tuesday, July 7, 2020

updated 2:54 PM UTC, Jul 7, 2020

Program Galakan Usahwan Muda Kota sedia lebih 1,000 kiosk perniagaan

  • Published in Ekonomi

 

KOTA BHARU, 27 Jun - Lebih 1,000 kiosk disediakan di sekitar Kuala Lumpur dan Putrajaya terutama kepada individu yang hilang pekerjaan.

Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa berkata, Program Galakan Usahawan Muda Kota itu akan dilaksanakan dalam masa terdekat.

Orang ramai boleh memohon mulai 1 Julai depan.

Lokasi yang dikenal pasti merangkumi pusat beli belah terkenal serta kawasan strategik yang sering menjadi tumpuan pelancong.

Sebahagiannya juga telah sudah siap dibina oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Beliau ditemui media selepas melawat perusahaan akok Pok Long di Kampung Padang Mengkali, Peringat, Kota Bharu.

Mengulas lanjut, Tan Sri Annuar berkata, pendekatan itu diambil bagi membantu mereka yang mempunyai kepakaran dalam bidang tertentu namun kehilangan punca pendapatan akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berikutan penularan pandemik COVID -19.

Bagaimanapun beliau menegaskan, individu yang telah diberi kelulusan tersebut diingatkan agar tidak mengambil kesempatan dengan menyewakan kembali kepada individu lain bagi tujuan mengaut keuntungan mudah.