Tuesday, July 7, 2020

updated 2:54 PM UTC, Jul 7, 2020

AirAsia tawar kredit pada hari sama permohonan dibuat

  • Published in Ekonomi

 

KUALA LUMPUR, 26 Jun - Pelanggan AirAsia BIG yang penerbangannya dibatalkan bermula dari 23 Mac hingga 31 Ogos tahun ini boleh memilih Akaun Kredit sebagai kaedah bayaran balik.

Kredit tersebut boleh digunakan bagi tempoh 2 tahun dari tarikh ia dikreditkan.

Menerusi kenyataan, pelanggan AirAsia BIG akan menerima e-mel yang akan menunjukkan langkah bagaimana proses permohonan kredit itu dilaksanakan.

Malah tarikh perjalanan untuk tempahan baharu boleh dibuat pada bila-bila masa, menerusi laman sesawang "airasia.com" dan aplikasi mudah alih.