Tuesday, July 7, 2020

updated 2:54 PM UTC, Jul 7, 2020

Kerajaan sedia geran RM100 juta untuk syarikat pemula niaga, PKS terajui teknologi

  • Published in Ekonomi

 

KUALA LUMPUR, 26 Jun - Syarikat pemula niaga dan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) tempatan digalak merebut peluang geran RM100 juta menerusi inisiatif National Technology and Innovation Sandbox (NTIS)melalui Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA).

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin berkata NTIS yang diterajui MOSTI merupakan usaha kerajaan melengkapkan proses digitalisasi negara, bagi tujuan menyelesaikan isu berkaitan industri, terutama dalam pasca COVID-19.

Menurut Khairy, antara peranan NTIS contohnya memerkasa program keselamatan makanan menerusi teknologi ladang pintar tanpa menggunakan tenaga kerja asing.

Selain itu NTIS turut membantu mengembangkan potensi inovasi baharu seperti dron.

Dalam pada itu Khairy berharap, insentif PENJANA mampu memerkasa program memulihkan ekonomi negara dan rakyat terutamanya.

Beliau menjadi tetamu program Selamat Pagi Malaysia di Angkasapuri.