Tuesday, July 7, 2020

updated 2:54 PM UTC, Jul 7, 2020

Pengeluaran penuh KWSP kekal pada umur 55 tahun

  • Published in Ekonomi

 

KUALA LUMPUR, 26 Jun - Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) masih mengekalkan peraturan membenarkan pencarum mengeluarkan simpanan pada umur 55 tahun.

Menerusi satu kenyataan, kumpulan itu memaklumkan, tiada sebarang perbincangan diadakan dengan mana-mana pihak untuk menaikkan had umur pengeluaran itu.

KWSP sedia maklum cadangan Bank Dunia untuk menaikkan had umur ahli daripada umur 55 kepada 65 tahun secara berperingkat.

Namun kumpulan itu mengambil langkah secara berhemat dalam menetapkan sebarang polisi penting, termasuk menjalankan kajian mendalam dan mengadakan rundingan bersama pihak-pihak berkepentingan.

Ia bagi memastikan kepentingan ahli sentiasa dilindungi, seiring mandat diberikan KWSP.