Tuesday, July 7, 2020

updated 2:54 PM UTC, Jul 7, 2020

Tabung Bantuan Kecemasan Koperasi salur RM1 juta bantu koperasi terjejas COVID-19

  • Published in Ekonomi

ALOR GAJAH, 26 Jun - Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) menerusi Tabung Bantuan Kecemasan Koperasi menyalurkan bantuan berjumlah RM1 juta kepada 320 koperasi di seluruh negara yang terjejas akibat COVID-19.

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, jumlah bantuan diberikan mengikut keperluan dan kos yang ditanggung koperasi.

Selain tabung bantuan kecemasan koperasi, SKM turut menyediakan Tabung Modal Pusingan sehingga RM50,000 tanpa cagaran kepada koperasi yang memerlukan bagi tempoh pasca COVID-19.