Tuesday, July 7, 2020

updated 2:54 PM UTC, Jul 7, 2020

7 inisiatif bantu kurangkan beban komuniti perniagaan - SSM

  • Published in Ekonomi

KUALA LUMPUR, 25 Jun - Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) memperkenalkan tujuh inisiatif bagi membantu mengurangkan beban komuniti perniagaan yang terkesan akibat pandemik COVID-19.

Langkah tersebut bertujuan membantu syarikat mengatur serta mengukuhkan aliran kewangan bagi mengelakkan sebarang tindakan penggulungan.

Pengerusi SSM, Datuk Seri Hasnol Zam Zam Ahmad berkata, antara inisiatif tersebut termasuklah, meningkatkan nilai ambang semasa keterhutangan bermula 23 April sehingga 31 Disember.

Beliau berkata demikian dalam sidang media SSM di ibu negara.

Tambah beliau yang juga Ketua Setiausaha KPDNHEP, antara inisiatif lain yang di lakukan pihaknya adalah melanjutkan pengecualian kompaun pembaharuan pendaftaran perniagaan sehingga 31 Disember.

Usaha tersebut dilihat dapat memanfaatkan sebanyak lebih 700,000 perniagaan yang luput perniagaan semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.

Selain itu, pihaknya juga kini sedang menderaf rang undang-undang Syarikat Pindaan (2020) bagi memperkenalkan peruntukan yang dapat membantu syarikat yang mengalami masalah kewangan.