Tuesday, July 7, 2020

updated 2:54 PM UTC, Jul 7, 2020

Penggabungan Suruhanjaya Koperasi Malaysia dengan Institut Koperasi Malaysia dibatalkan

  • Published in Ekonomi

KUALA LUMPUR, 25 Jun - Penggabungan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dengan Institut Koperasi Malaysia (IKM) yang dicadang sebelum ini dibatalkan.

Pembatalan tersebut ekoran langkah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi untuk membangunkan IKM menjadi sebuah kolej universiti.

Menterinya, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar menjelaskan arah tuju baharu tersebut kini sedang giat dikaji di peringkat kementerian sebelum dimuktamadkan dalam masa terdekat.

Selain program akademik, IKM fokus menawarkan program pembangunan koperasi.

Datuk Seri Wan Junaidi melakukan lawatan kerja rasmi ke ibu pejabat SKM di ibu negara.

Beliau menambah penjenamaan semula IKM kepada kolej universiti akan memberi ruang kepada golongan akademik profesional untuk terlibat sama memajukan lagi sektor koperasi.

Dalam pada itu, pihaknya juga sedang dalam peringkat akhir penilaian pindaan Akta Koperasi 2007 atau Akta 502.

Pindaan RUU itu akan dibentang untuk kelulusan sebaik sahaja Dewan Rakyat kembali bersidang Julai ini.

Pindaan tersebut antara lain bertujuan mengurangkan birokrasi dan memudahcara urus tadbir gerakan koperasi demi memastikan sektor itu lebih berdaya saing.