Tuesday, July 7, 2020

updated 2:54 PM UTC, Jul 7, 2020

Sate tuna sedia di pasaran

  • Published in Ekonomi

SERDANG, 24 Jun - Industri perikanan tuna di Malaysia semakin maju sejak mula dibangunkan dua tahun lalu hasil bimbingan dan inovasi Jabatan Perikanan.

Kini Sate Tuna muncul sebagai variasi sate sedia ada yang akan memberi kelainan dari segi rasa, nutrisi dan pilihan kepada pengguna sekali gus menggalakkan produk hasilan tuna dalam pasaran negara.

Menurut Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Ahmad Hamzah, empat spesis tuna utama yang ditangkap vesel dilesenkan ialah aya hitam, aya kurik, aya peluru dan aya putih.

Beliau mengulas perkara itu pada majlis promosi produk ikan tuna kepada pekerja barisan hadapan COVID-19 di MAEPS, Serdang.

Dr. Tuna, produk sate ikan tuna menggunakan 100% ikan tuna sirip kuning, kaya dengan khasiat Omega-3 serta 42% protein mempunyai kalori rendah berbanding sate ayam dan daging.