Tuesday, July 7, 2020

updated 2:54 PM UTC, Jul 7, 2020

30 Jun tarikh akhir kemuka Borang Nyata Cukai Pendapatan Tahun Taksiran 2019

  • Published in Ekonomi

KUALA LUMPUR, 23 Jun - Pembayar cukai dalam kategori yang tidak menjalankan perniagaan diingatkan untuk mengemukakan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) bagi Tahun Taksiran 2019 selewat-lewatnya pada 30 Jun ini.

Menurut Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), pembayar cukai boleh merujuk Program Memfail Borang Nyata bagi tahun 2020.

Bagi pembayar cukai individu, LHDN menyediakan senarai pelepasan cukai bagi Tahun Taksiran 2019.

Ia boleh diakses di portal rasmi LHDNM bagi membantu mereka mendapatkan maklumat berkaitan pelepasan cukai yang boleh dituntut ketika mengisi BNCP.

Lebih 2.175 juta borang nyata cukai bagi Tahun Taksiran 2019 telah diterima daripada pembayar cukai sehingga 15 Jun dalam kategori yang tidak menjalankan perniagaan.