Tuesday, July 7, 2020

updated 2:54 PM UTC, Jul 7, 2020

Penilaian semula kadar tarif elektrik selaras kebajikan rakyat

  • Published in Ekonomi

PUTRAJAYA, 21 Jun - Kerajaan akan sentiasa mengkaji semula kadar semasa tarif elektrik selaras dengan kebajikan rakyat.

Jelas Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Tenaga, Abdul Razib Dawood, setiap tahun tarif elektrik akan dinilai semula dan sekiranya ia bersesuaian dengan situasi semasa, ia akan dimuktamadkan.

Tambahnya pusingan kawal selia ketiga mekanisme Kawal Selia Berasaskan Insentif (IBR) akan berkuat kuasa untuk tempoh dari 2021 hingga 2023.

Kerajaan katanya sentiasa mengkaji, dan ambil maklum apa yang diutarakan untuk kajian akan datang.

Semalam kerajaan telah mengumumkan bekalan elektrik percuma selama tiga bulan untuk 4 juta pengguna domestik dengan bil elektrik sebulan kurang RM77 atau penggunaan bawah 300 kilowatt per jam bagi April, Mei dan Jun.

Bagi pengguna domestik yang menggunakan elektrik melebihi 300 kilowatt per jam pula, mereka akan menerima potongan bil elektrik sebanyak RM231 iaitu RM77 sebulan untuk tempoh 3 bulan yang sama.