Tuesday, July 7, 2020

updated 2:54 PM UTC, Jul 7, 2020

Diskaun bil elektrik bukti keprihatinan kerajaan terhadap keluhan rakyat

  • Published in Ekonomi

KUALA LUMPUR, 20 Jun - Penganalisis Ekonomi Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS), Adli Amirullah menyifatkan diskaun bil elektrik yang diumum kerajaan amat membantu rakyat secara amnya.

Beliau juga berharap, pihak TNB dapat menambah baik sistem komunikasi mereka bagi memastikan pelanggan benar-benar faham mengenai insentif yang diberi.

Ia sekaligus menghentikan tohmahan masyarakat terhadap syarikat utiliti tersebut.