Tuesday, July 7, 2020

updated 2:54 PM UTC, Jul 7, 2020

Jelajah Agropreneur bantu ketengah produk usahawan muda

  • Published in Ekonomi

KUALA LANGAT, 18 Jun - Seramai 31 orang Agropreneur Muda mendapat bantuan geran berjumlah RM516,000 keseluruhan bagi negeri Selangor Fasa 1 ,tahun ini.

Selain bantuan geran, kit bantuan makanan turut diberikan kepada golongan yang terjejas akibat, PKP.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan 1, Datuk Sri Ahmad Hamzah menyatakan Program Jelajah Agropreneur Muda ini merupakan inisiatif kerajaan untuk memberi peluang dan dorongan kepada golongan usahawan muda mengetengahkan produk mereka sehingga ke peringkat antarabangsa.

Beliau turut berharap dengan adanya peluang sebegini akan merangsang lebih ramai anak muda untuk memohon dan menyertai program agropreneur muda yang dikendalikan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan.

Terdahulu, Program Agropreneur Muda dilancarkan di bawah Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK- 11) untuk golongan muda yang berumur antara 18 ke 40 tahun.

Bagi usahawan muda yang berminat berpeluang memohon geran itu pada bila-bila masa sahaja menerusi laman sesawang Kementerian Pertanian dan Industri Makanan.