Tuesday, July 7, 2020

updated 2:54 PM UTC, Jul 7, 2020

MITI lanjut tempoh laksana projek bagi syarikat dapat lesen pengilang

  • Published in Ekonomi

KUALA LUMPUR, 17 Jun - Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) memberi lanjutan tempoh pelaksanaan projek bagi syarikat-syarikat yang mendapat lesen pengilang di bawah Akta Penyelarasan Perindustrian 1975.

Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dalam satu kenyataan berkata, ini merupakan langkah proaktif diambil kerajaan bagi memastikan sektor ekonomi negara kekal kompetitif dalam persekitaran pandemik COVID-19 ketika ini.

Di bawah amalan semasa, sesebuah syarikat berlesen dikehendaki melaksanakan projek telah diluluskan dalam suatu tempoh seperti dinyatakan dalam Surat Kelulusan Lesen Pengilang.

Menerusi pelaksanaan mekanisme lebih longgar, syarikat pengilang secara automatik akan diberikan tambahan tempoh selama 12 bulan, bermula dari tempoh tamat seperti dinyatakan dalam Surat Kelulusan.

Lanjutan tempoh secara automatik itu hanya terpakai bagi syarikat-syarikat yang telah mendapat kelulusan interim atau Lesen Pengilang di bawah Akta Penyelarasan Perindustrian 1975 daripada MITI.

Bagi menikmati lanjutan secara automatik, syarikat perlu mengemukakan permohonan kepada MIDA bermula 16 Jun hingga 31 Mei 2021.