Monday, November 20, 2017
vital-top
updated 3:00 PM UTC, Nov 20, 2017

TRX City Sdn Bhd Bekerjasama Dengan Mass Rapid Transit Dalam Membangunkan Tun Razak Exchange (TRX)

KUALA LUMPUR - TRX City Sdn Bhd bekerjasama dengan Mass Rapid Transit Corp Sdn Bhd (MRT Corp), Stormwater Management dan Road Tunnel Sdn Bhd (SMART) untuk membangunkan Tun Razak Exchange (TRX).

Pemaju induk TRX, TRX City dalam satu kenyataan berkata perjanjian yang dimeterai dengan MRT Corp akan membolehkan syarikat itu menjadi pemaju dan pemilik sistem Transit Aliran Massa di Lembah Klang.

Ketua Pegawai Eksekutif TRX City, Datuk Azmar Talib, berkata melalui kerjasama itu MRT Corp mempunyai hak untuk membina terowong kereta api dan stesen bawah tanah dalam kawasan TRX.

Pada masa yang sama, TRX City memiliki hak bagi membangunkan bahagian atas tanah.

Selain itu, kerjasama itu juga membolehkan laluan MRT dibina tanpa perlu membeli plot dan membolehkan TRX City untuk mengekalkan hak pembangunan lokasi yang sangat strategik serta memanfaatkan prospek masa depan.

(Sumber - Dalet Beritartm)