Saturday, November 18, 2017
vital-top
updated 9:15 AM UTC, Nov 18, 2017

Kedudukan Fiskal Kukuh, Mampu Kekalkan Daya Tahan Sesebuah Ekonomi

KUALA LUMPUR - Kedudukan fiskal yang kukuh, mampu mengekalkan daya tahan sesebuah ekonomi serta menyediakan ruang fiskal dan fleksibiliti.

Ia penting sebagai langkah menangani kitaran serta menyokong ekonomi ketika berlakunya krisis.

Jelas Timbalan Setiausaha Perbendaharaan (Pelaburan),Datuk Seri Dr Mohad Isa Hussain, kerajaan telah merangka dasar fiskal negara untuk menyokong dan mengekalkan momentum pertumbuhan ekonomi, meningkatkan daya saing negara dan menjamin kesejahteraan rakyat.

Beliau berucap pada majlis perasmian Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke-12.

Di samping itu, dasar fiskal negara terus menekankan langkah konsolidasi ke arah bajet hampir berimbang pada 2020.

(Sumber - Dalet Beritartm)