Monday, November 20, 2017
vital-top
updated 3:00 PM UTC, Nov 20, 2017

Malaysia Tidak "Dijajah" Oleh China –Datuk Seri Liow

KUALA LUMPUR - Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai hari ini menyelar pihak berkenaan yang mendakwa Malaysia terlalu bergantung kepada pelaburan langsung asing (FDI) dari China.

Tegasnya Malaysia “tidak dijajah” oleh China menerusi FDI, dan menambah dakwaan itu sekadar manipulasi politik.

Sekalipun FDI dari China meningkat sejak tahun-tahun kebelakangan ini, Liow tegaskan pelaburan China bukan yang terbesar di negara ini.

Beliau berkata kepada pemberita di sini.

Datuk Seri Liow yang sebelum itu merasmikan Pameran dan Persidangan O2O dan Runcit Asia pertama, ditanya mengenai dakwaan pembangkang bahawa Malaysia terlalu bergantung kepada FDI dari China untuk pertumbuhan ekonominya.

Mengulas lanjut, Presiden MCA itu berkata beliau gembira China memilih Malaysia sebagai antara destinasi FDInya.

 

Mengulas perkembangan lain,Datuk Seri Liow berkata Malaysia kini pada kedudukan yang baik dan di landasan tepat untuk menjadi hab logistik di rantau ini, dan menambah kemudahan terbabit termasuk penubuhan Zon Perdagangan Bebas Digital di KLIA Aeropolis dan penambahbaikan beberapa pelabuhan di seluruh negara, akan merangsang pertumbuhan e-dagang.

((BERNAMA))