Monday, November 20, 2017
vital-top
updated 3:00 PM UTC, Nov 20, 2017

Celcom Axiata Yakin Dapat Tingkatkan Liputan LTE Kepada 85 Peratus

KUALA LUMPUR - Axiata Bhd (Celcom) yakin dapat meningkatkan liputan populasi perkhidmatan LTE (rangkaian mudah alih 4G) daripada 77 peratus ketika ini kepada 85 peratus menjelang akhir 2017.

Ini dinyatakan Ketua Pegawai Eksekutif, Michael Kuehner.

Menurutnya, syarikat itu telah memperuntukkan perbelanjaan modal sebanyak RM1.5 bilion yang mana RM400 juta telah digunakan pada dua suku pertama 2017.

Beliau berkata demikian pada sesi taklimat media mengenai prestasi perniagaan Celcom bagi suku kedua, di Kuala Lumpur.

 

Sumber : BERNAMA