Tuesday, September 26, 2017
vital-top
updated 3:17 AM UTC, Sep 26, 2017

Perhebat Promosi Tanaman Padi Aerob - Datuk Seri Dr Ismail

SERDANG - Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) perlu memperhebatkan promosi penanaman padi aerob (MRIA 1) sebagai inisiatif jangka panjang mendepani isu bekalan makanan kesan perubahan iklim, kata Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Dr Ismail Bakar.

Beliau berkata jika kelebihan varieti baharu padi yang kurang menggunakan air dalam proses penanamannya serta boleh ditanam di kawasan tanah bukit itu difahami dengan lebih mendalam khususnya oleh petani, pemilihan penanaman padi jenis itu berupaya membantu meningkatkan pengeluaran padi negara pada masa hadapan.

Cara baharu penanaman padi ini perlu diperluas dengan menampilkan maklumat dan hasil kajian yang konklusif untuk membolehkan ia diterima oleh petani sebelum kaedah itu boleh disebarluaskan.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan "Regional Workshop on Protected Cultivation on High-Value Crops under Changing Climate Conditions".

 

Sumber : BERNAMA